KISAH TENTANG PENGEMBARAAN
BANDAR YANG TIADA DALAM PETA Kereta api berhenti dengan deruman besi yang panjang. Seolah-olah menarik nafas yang terakhir sebelum diam. Aku turun dari gerabak dengan langkah yang ragu,menjejak ke platform yang hamper sepi. Tiada papan tanda besar, tiada suara gegak gembita seperti stesen bandar utama-hanya dinding batu kusam dan jam antik jarumnya sudah berhenti bergerak. Di depan, sebuah bandar kecil menanti. Ia seakan tersembunyi dari dunia moden;rumah kayu yang berjajar, bumbungnya beratapkan zink, dan jalan utama hanya berlapis batu merah. Orang-orangnya bergerak perlahan,seolah masa di sini tidak terikat pada jam tangan kita. Aku cuba bertanya seorang lelaki tua duduk di bangku, tetapi jawapannya samar, “Bandar ini tidak ada dalam peta,anak muda. Kau hanya tiba kerana jalan mahu kau sampai.” Kata-kata itu berputar dalam kepalaku ketika aku berjalan. Setiap Lorong sempit dipenuhi bau roti bakar dan sup herba yang mendidih di dapur terbuka. Kanak-kanak berlari tanpa alas kaki,...